Kursus Kundalini Reiki Master
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
Modul Pembelajaran Dan Teknik Master Kundalini Reiki
Berikut adalah teknik dan perkara yang akan diajar dalam :
Kundalini Reiki Level 1 (KR1)
Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1) – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USUI REIKI 1,2,3.
Healing (Rawatan)
Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.
Memutuskan Hubungan Energi Dengan Pesakit
Semasa melakukan penyembuhan kepada pesakit, anda telah terhubung dengan energi eterik pesakit tersebut. Adalah penting untuk memutus hubungan energi diantara anda dan pesakit kerana jika tidak ia berkemungkinan menyebabkan tenaga anda akan diserap secara terus menerus oleh pesakit tersebut dan membuatkan anda merasa kekurangan tenaga / keletihan.
Grounding / Membuang Energi Yang Tidak Diperlukan
Selepas memutuskan hubungan energi anda dengan pesakit, maka lakukan pula "grounding" iaitu membuang energi yang tidak diperlukan.
Healing The Carmic Band (Penyembuhan Hubungan Karma)
Biasanya terdapat suatu "hubungan karma" diantara seseorang yang kita sayangi atau yang pernah kita sayangi. Hubungan ini kadangkala boleh melemahkan kita dan mempunyai pengaruh-pengaruh negatif kepada bahagian fizikal dan energi kita. Kerapkali hubungan-hubungan itu bertambah kuat apabila hubungan karma disembuhkan. Anda perlu menggunakan jenis rawatan sebegini di antara diri anda dan mereka yang anda sayangi atau pernah anda sayangi. Untuk ini anda perlu menggunakan teknik penyembuhan untuk memperbaiki hubungan karma anda dengan seseorang atau untuk membantu individu yang lain.
Situation / Quality Healing (Penyembuhan Situasi / Kualiti)
Anda juga boleh merawat sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas, kecewa dan putusasa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.
Kundalini Reiki Level 2 (KR2)
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3.
Kundalini Reiki Meditation (Tafakur Kundalini Reiki)
Fungsi tafakur ini adalah untuk membersihkan cakra-cakra dan saluran energi yang tersumbat.
Cleansing (Pembersihan Energi Negatif Dalam Bilik / Rumah / Pejabat / Kawasan)
Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimenafaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
Kundalini Reiki Level 3 (KR3)
Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!!
Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan untuk menggunakan program dibawah:
Diamond Reiki (Reiki Berlian)
Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki perawat.
Crystalline Reiki (Reiki Kristal)
Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
DNA Reiki
Menguatkan keupayaan untuk merawat / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll
Birth Trauma Reiki (Trauma Kelahiran)
Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini.
Location Reiki (Reiki Lokasi)
Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.Balance Reiki (Reiki Keseimbangan)
Teknik ini digunakan untuk menyeimbangkan seluruh sistem energi tubuh.
Teknik Memberi Attunement Reiki Kepada Orang Lain
Sebagai seorang Master, anda mempunyai hak dan diajar kaedah untuk memberi attunement kepada orang lain. Oleh itu lengkaplah anda sebagai REIKI MASTER
Yuran Kursus Master Kundalini Reiki
Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 , untuk tingkat kedua adalah US$600.00 dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 !!....
Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.
Termurah Di Malaysia
Hanya RM350 sahaja.(boleh bayar 3 kali ansuran jika tidak mampu)
Percayalah, anda tidak akan mendapat yuran yang semurah sebegini, di Malaysia, rata-rata pihak yang menganjurkan kursus sebegini akan mengenakan yuran dari RM4000 hingga RM10,000 untuk peringkat Master. Dan jangan terkejut jika ditempat lain, walaupun setelah anda mendapat gelaran Reiki Master, anda masih tidak dapat hak untuk memberi attunement kepada orang lain. Untuk tujuan itu, anda harus menambah wang lagi!!...