Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)
TAWARAN HEBAT TAHUN 2016! PERCUMA USUI REIKI MASTER DAN KUNDALINI REIKI MASTER JIKA ANDA AMBIL KURSUS JARAK JAUH TENDAI MASTER...
ILMU AMPUH MENGATASI SEGALA PROBLEM
Ilmu Daya Sejati Insani adalah gabungan daripada berbagai aliran Perguruan dan berbagai kaedah, tanpa mengubah akidah atau pegangan sesuatu Agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu Agama, adat resam sesuatu kaum malah tanpa mengunakan kuasa Jin, Khodam kafir, Syaitan, Azimat atau lain-lain bantuan. Insya-Allah akan terbuka ‘RAHSIA’ untuk memiliki keilmuan ’KESEJATIAN DIRI’ yang ‘MULTI-FUNGSI’ di mana selama, ia sangat di ‘RAHSIA’ kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat di rahsiakan.
BELADIRI, KONSULTASI SPIRITUAL DAN PENYEMBUHAN
Dalam ilmu beladiri, ia dirancang khusus dan sangat mudah di pelajari oleh sesiapapun sama ada orang dewasa, kanan-kanak, wanita malah bagi mereka cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini. Secara tak langsung dapat keilmuan ini menambah rasa keimanan kita kepada Allah S.w.t, ibadat kita dapat di nilai tambah dari masa ke semasa dan seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri.
Awas! Ini bukan ilmu untuk makan kaca , makan api, kebal pisau kebal peluru dan sebagainya. Ini ilmu nyata bukan ilmu silap mata!!.. Kalau anda mahu ilmu sedemikian, sini bukan tempatnya.
Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah ilmu untuk semua hajat kehidupan yang di lakukan tanpa ritual puasa, latihan jurus yang berjam-jam, zikir, meditasi dan berbagai2 kaedah, setelah ½ jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 15minit anda sudah boleh menguji keberadaan keilmuan ini dan seterus dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual. Adapun keberadaan keilmuan ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turunkan kepada orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah.
Sekali lagi kami tekan di sini,tanpa perlu Azimat, Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin, tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi, anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu menperjudikan kehidupan anda pada syaitan atau Makhluk halus.
Adapun keilmuan di atas terbahagi kepada:-
Kursus Tenaga Dalam Ilahi Peringkat Dasar
Mampu merawat dan menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit dengan izin Tuhan Yang Maha Esa dan memhancurkan / memhalang ilmu sihir / hitam, pengasih, kewibawa, beladiri tanpa belajar, buat barang bertuah, mencapai matlamat hidup, terawangan, meraga sukma dan berbagai-bagai keilmuan lagi.
Mahar: RM165
Kursus Tenaga Dalam Ilahi Peringkat Master
Memiliki keilmuan seperti di atas dan Anda boleh menijazah keilmuan Daya Sejati Insani peringkat dasar kepada Orang Lain.
BONUS - Kitab-kitab Keilmuan Kanuragan, Pengasih, pengobatan, Rezeki, aji-aji kesaktian dan Rahsia demo tenaga dalam – berjalan atas api, pecahkan botol dengan telapak tangan, makan pisau cukur, kebal dari senjata besi, berdiri atas paku / kaca , membuat bedak / minyak pengasih, pengisian energi pada benda dan mengisi ilmu pada orang lain, penyembuhan jarak jauh melalui talifon / HP, bunga, garam, transfer penyakit ke binatang atau telur, kontak pendamping ghaib atau guru ghoib, buat minyak keramat dan lain-lain keilmuan
Mahar: RM550
Manfaat Selepas Belajar
Antara manafaat-manafaat apabila anda mempelajari ilmu Tenaga Dalam Ilahi
- Menambahkan kecerdasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
- Meningkatkan kewibawaan diri, memancarkan aura pesona.
- Meningkatkan kecerdasan minda, mudah hafal, kuat ingatan.
- Membenteng diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan
- Merawat pelbagai jenis penyakit zahir dan bathin dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk juga rawatan jarak jauh.
- Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan.
- Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga beribawa dn disegani
- Mempengaruhi orang lain, kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.
- Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja untuk tujuan rawatan
- Mengaktifkan indera ke-6, gerak hati lebih peka
- Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.
- Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur
- Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan di sini….sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaannya tidak terhad untuk perkara di atas sahaja..terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dari sebelumnnya…InsyaAllah ..Amin.
*Perkara-perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman ahli-ahli TENDAI.
Soal Jawab Tentang Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)
Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara –perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH?
Tendai adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Illahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang ALLAH kurnia. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat.
Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui transfer energi pembuka atau pembangkitdari Tendai Master kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini.
Apakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa…?
Latihan Tendai adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu – ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuklah juga dari Negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan.
Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.
Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa Energi itu telah ditransferkan?
Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas dalam diklat panduan Aplikasi Tendai yang akan disertakan untuk Ahli baru.
Setelah pengisian anda akan dapat merasa samada terasa haba di telapak tangan , terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di hujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.
Adakah ilmu ini kekal sampai bla-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama seperti meninggalkan solat dan sebagainya?
Keilmuan yang telah diisi tidak hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa , itu adalah tanggungjawab anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan.
Namun demikian sekiranya ingin mendapat keberhasilan ilmu ini dengan lebih baik,meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.
Adakah ilmu ini boleh dikuasai oleh semua orang ? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?
Sekali lagi diingatkan disini bahawa sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang diinginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.
Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?
Boleh belajar ilmu lain dan tidak ada sebarang efek negative dengan mana-mana ilmu yang telah dipelajari dan tidak Berjaya. Insya ALLAH boleh dibangkitkan semula dengan jaya.
Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negative akan tertolak atau terkeluar secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.
Apakah ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?
Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apa jua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan didalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran ,semut –semut atau haba pada telapak tangan.
Selepas itu selesai , itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. Insya ALLAH.
Perlukah latihan untuk ilmu ini ? Sampai bila berlatih?
Latihan diperlukan untuk menstabilkan energy atau tenaga dalam badan yang telah diisi . ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru dalam badan anda.Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung.
Sekiranya tiada latihan tersebut, energy tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa.
Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari. Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.
Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekiranya saya ada sebarang masalah?
Selepas pengisian selama 20 minit, olahan pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja. Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan.
Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, email, surat dan sms. Anda digalakkan untuk menyertai group Facebook kami untuk mendapat bimbingan terus menerus sesama ahli-ahli. Pelbagai perbincangan dan perkonsian ilmu terdapat dalam group Facebook kami.
Bilakah saya boleh belajar peringkat GURU?
Anda boleh terus belajar peringkat Guru. Ia lebih menjimatkan kerana kami memberi harga diskaun untuk peringkat dasar & master sekaligus. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar selama 21 hari juga.